Monday, November 15, 2010

MALAYSIA vs IRAN (who will win)



Walaupun kehilangan banyak tonggak utama Malaysia tetap turun dengan penuh semangat untuk membuktikan Malaysia hebat.SKUAD bola sepak kebangsaan hanya mempunyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini.
Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama 8 November lalu.
Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli digantung perlawanan setelah mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika skuad negara tewas 0-3 kepada China malam kelmarin.
Yang tinggal hanyalah kesebelasan utama dengan empat pemain simpanan termasuk penjaga gol kedua, Zamir Selamat.
Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, pertemuan dengan Iran bakal menjadi satu lagi tugas sukar berdasarkan masalah yang tidak henti-henti melanda skuad bimbingannya itu.
“Kita bukan saja mempunyai dua pemain yang cedera tetapi tiga lagi pemain digantung gara-gara kad merah. Saya sudah tiada pilihan.
“Jika penganjur membenarkan jurulatih untuk berada dalam senarai pemain, saya sendiri rela turun beraksi,” kata Rajagobal semalam.-Keratan KOSMO

Siaran Langsung di TV1 rtm pada pukul 4 petang
MARI SEMARAKKAN SUKAN MALAYSIA,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.


Beri komen sikit...


And here is the rest of it

0 comments :

Post a Comment