Sunday, July 17, 2011

Safee Sali Enggan Rai Gol Dengan Penyokong Merah



Dua gol Safee Sali yang dijaringkan pada babak kedua menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan yang berkesudahan dengan skuad negara tewas 3-6 kepada liverpool telah cukup membuatkan pengendali skuad negara kita tersenyum.


Bermula dengan perlahan,pertahanan Malaysia sekali lagi memberikan penalti kepada lawan sama seperti gol pertama yang diberikan kepada Arsenal sebelum ini. Arsenal membuka jaringan setelah sepakan penalti kali kedua tidak dapat dibaca oleh Sharbinee untuk Charli Adam meletakkan Liverpool didepan 1-0.

Malaysia cuba mengatur serangan melalui setelah 30 minit penjaga gawang Liverpool tidak diberi asakan. Hasilnya, Safiq Rahim sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah pakar sepakan percuma ketika ini di Malaysia apabila sepakan lencongnya mengegar gawang Liverpool pada minit ke 43.

Babak kedua menampakkan Malaysia mula bermain agresif dan kerap membuat serangan. Namun kealpaan benteng negara yang kelihatan hilang fokus dihukum Liverpool apabila mereka berjaya menjaringkan tiga gol pantas melalui Ngoc(67,68) dan Maxi Rodrigues (74). Pada minit ke 69, penyerang berbisa negara yang kini beraksi di Liga Super Indonesia, Safee sali dimasukkan bagi memantapkan serangan.

Ketajaman Safee Sali yang baru pulih dari kecederaan berjaya memberikan Malaysia gol kedua setelah kurang 10 minit dimasukkan. Safee berjaya menewaskan penjaga gol gantian Liverpool apabila menyambar bola muntah lintangan Amirul Hadi untuk kedudukan Malaysia 2-4 Liverpool

Tiga minit kemudian,Safee Sali sekali lagi menunjukkan taringnya apabila lorongan cantik Rizal Fahmi dari tengah padang disudahkan dengan cemerlang oleh Safee untuk gol ketiga Malaysia. Mungkin kecewa dengan rakyat Malaysia yang berbaju merah disebelah kanan, Safee berpusing ke lautan biru disebelah kiri untuk meraikan gol kedua beliau. Ini memberi tamparan hebat kepada mereka yang berpakaian merah sewaktu menonton perlawanan tersebut di bukit jalil. Aksi spontan Safee itu memberi pengajaran berguna terhadap rakyat Malaysia yang tidak menyokong pasukan kebangsaan malah mengejek skuad Rajagopal itu ketika bertemu Arsenal.

Namun apabila masuk waktu tambahan, pertahanan Malaysia sekali lagi menghadiahkan 2 gol mudah untuk Liverpool hasil jaringan Rodriguez,90 dan Kuyt,93. perlawanan berkesudahan Malaysia 3-6 Liverpool.


2 comments :

  1. Lautan biru belah mane tu? stadium dikelilingi merah la...biru & kuning hanya pada tompok2 merah shj...

    ReplyDelete